Monday, March 30, 2009

Pilihanraya Kecil

Penamaan calon pilihanraya kecil Bukit selambau, bukit Gantang dan Batang Ai dah pun selesai semalam. Macam-macam orang kata PRK dua bukit satu batang..biar orang kata apapun PRK tetap akan berlangsung. Pagi tadi baca akhbar Utusan Malaysia terpampang di muka depan dengan tulisan merah menyala 15 3 2. Macam-macam ditafsirkan di minda pembaca..terpulanglah kepada mereka..negara demokrasi semua boleh membuat tafsiran sendiri.

Dalam akhbar Berita Harian terbaca calon PAS di Parlimen Bukit Gantang jadi imam sembahyang maghrib..jadi kontroversi..nampaknya pilihanraya kecik di tiga kawasan ni amat sengit..jadi para pengundi pandai-pandai memilih calon yang mana satu..tapi kalau saya..saya pilih calon yang benar-benar membantu kita, keluarga kita, anak-anak kita serta rakyat jelata. Calon yang omong kosong, yang emosi yang selalu menyalahkan orang lain untuk mengatasi kelemahan sendiri..tak payahlah saya pilih..nyusahkan kita aje.

Kita kena tengoklah apa yang dia orang boleh bagi kat kita. Di Bukit Selambau Kedah nampak meriah sikit..15 orang bertanding tapi yang pasti pertandingan sebenar ialah antara BN dan PKR. Tapi wakil PKR ramai juga yang bertanding..maklumlah ramai yang tak puas hati dengan calon rasmi PKR S.Manikumar. Walau macamanapun calon BN Datuk S. Ganesan walaupun dah berumur tapi nampak masih handsome..anak tempatan pulak tu. Pilihlah wakil dari parti yang memang dah terbukti membela rakyat selama ini.

Friday, March 27, 2009

PAU 2009


Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang telah berjaya dalam pemilihan UMNO sebagai Timbalan Presiden UMNO. Tan Sri Muhyiddin anak seorang ulama yang berkaliber dan tak payahlah disebut-sebut lagi memang amat layak untuk bersama-sama YAB Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin UMNO demi kelangsungan maruah bangsa Melayu, agama Islam dan negara khasnya. Barisan pimpinan UMNO yang baru ini adalah gabungan yang senior dan junior menampakkan kematangan perwakilan UMNO dalam menentukan masa depan negara dan bangsa Malaysia.

Sebagai orang Johor kelahiran Muar rasa bangga jugaklah dan saya masih ingat semasa Tan Sri sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar telah menandatangani borang untuk sokongan permohonan biasiswa saya bagi Tingkatan Enam.

Tahniah jugak lah diucapkan kepada YB Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang juga telah berjaya dalam pemilihan untuk jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tahniah sekali lagi Datuk insyaallah Kementerian Penerangan akan terus maju dengan pelbagai idea yang bernas dan diterima rakyat.

Maulidur Rasul 1430 hijrah


Sambutan maulidur rasul 1430 hijrah disambut dengan amat meriah sekali. Diman-mana sahaja di masjid, surau ditaman-taman perumahan dan kampong-kampong menyambutnya dengan penuh keinsafan dengan pelbagai acara dilaksanakan termasuk perarakan beramai-ramai, ceramah dan sebagainya.

Tidak lepaskan peluang juga, agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan Malaysia negeri Melaka menerusi Jawatan kuasa Penyelaras (JKPKP) telah menyambut sambutan Maulidur Rasul peringkat JKPKP. Empat agensi Jabatan Penerangan, Melaka FM, BERNAMA dan JASA telah melaksanakan pada 19 Mac lepas di Melaka FM Jalan Taming Sari. Amat meriah terutama sekali masa perarakan dari Dataran Melaka FM ke studio sebelaum mengikuti ceramah. Turut hadir Speaker dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad yang juga man Pengarah JASA Melaka.

Seramai 100 orang anggota dari keempat-empat agensi ini telah turut serta ditambah pulak dengan anggota daripada Jabatan Kerjaraya, Jabatan Ukur dan Pemetaan(JUPEM) dan juga anggota daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Melaka yang mana ketiga-tiga jabatan ini berdekatan dengan Melaka FM. termasuk juga anggota dari Pusat Zakat Melaka.

Pengurus Besar Pusat Zakat Haji Ismail Hashim telah menyampaikan ceramah mengenai zakat.Masa tulah ramai yang belum berzakat pendapatan dah mula tau macamana cara nak menunaikannya. Tapi yang paling menarik sekali ceramah agama dari Ustaz Nizam Ali yang dibawa khas dari Muar Johor paling berkesan dan juga menghiburkan. Kebetulan Ustaz Nizam ni orang kampong yang duduk di Setrom 3 Muar. Tak kering gusi mendengar ceramah yang amat berkesan itu. Akhir sekali jamuan makan tengahari asam pedas Melaka termasuk gulai nenas ikan masin, sungguh menyelerakan.

Turut hadir Pengarah Penyiaran, wakil Pengarah JASA dan wakil Ketua Biro BERNAMA.