Thursday, May 28, 2009

Along ohhh Ah Long


Along ohhh Ah Long...apa nak jadi dengan along..sapa nak dipersalahkan..along atau Ah Long atau orang yang meminjam pada along....dalam media cetak dan media elektronik dah macam-macam di ceritakan tentang along..tapi orang ramai ni tak serik-serik nak pinjam pada along..kan dah tau bahawa meminjam dengan along ni amat merbahaya..mengancam kehidupan seharian bukan pada peminjam tetapi pada keluarga jugak...tapi kenapa masih pinjam pada along....

Persoalannya..apakah masih tak cukup lagi media membuat pendedahan tentang kekejaman along ni..atau apakah mereka memang benar-benar terdesak..dan dah tak ada lagi tempat nak mengadu...dan mereka terpaksa meminjam pada along!!!!!!!kalau pinjam duit nak main judi..tu pegi lantak pada dia..

Tetapi kalau nak pinjam untuk berniaga..kan ada saluran lain...pelbagai pinjaman telah dipermudahkan..para pemimpin kita kata..ada banyak cara yang mudah..abis tu.. apa lagi..pinjam jelah pada institusi yang telah diberi tanggungjawab untuk memberi kemudahan pinjaman kepada para peniaga kita...

Ada persoalan jugak..apakah pegawai peringkat pelaksana ni mempermudah proses pinjaman tu..ada yang kata..banyak sangat songelnya..betul ke? takkanlah nak suruh menteri turun bawah tengok benda ni...kalau ada menteri tak sampai satu jam boleh lulus...ataupun nak suruh para pemimpin kita pasang spy..kat pegawai peringkat pelaksana..baru dapat first info...dan baru ambil tindakan kepada pegawai yang sengaja menyusahkan orang ramai...sesuai dengan 1Malaysia. Takkan sampai macam tu sekali..!!!!

Friday, May 15, 2009

Naik Pangkat


Berita terbaik minggu ini..156,066 pegawai kumpulan sokongan berkhidmat 15 tahun atau lebih tetapi masih kekal pada gred lantikan akan dipertimbangkan naik pangkat ke gred lebih tinggi..Itulah yang dikatakan rezeki..kalau dah rezeki kita tak ke mana jua..satu lagi pengumuman oleh YAB Perdana Menteri rakyat yang amat perihatin terhadap golongan pegawai kerajaan yang tak berpeluang naik pangkat dek kerana tiada kekosongan jawatan...

Pagi ni penjawat awam yang layak tersenyum simpul..menantikan buah yang akan gugur tak lama lagi...tapi ada jugak yang masam muka...yelah salah sendiri..dulu orang lain ambil PTK dia buat tak tau aje..tak mahu naik pangkat lah..takut kena tukar dan sebagainya..maklumlah dah senang duduk di kampong sendiri..walau dah lebih 15 tahun bertugas dalam pangkat yang sama..tetapi kalau tak lulus PTK..tidak layak untuk dipertimbangkan lantikan secara Khas Untuk Penyandang atau KUP..kalau macam tu disyorkan tahun ni jugak ambik PTK dan terus lulus manalah tahu tahun depan akan dipertimbangkan oleh ketua masing-masing.

Satu lagi golongan yang rasa terkilan...semuanya dah ada..PTK dah lulus..semua subjek 4, 4 dsb laporan prestasi lebih 85 markah 3 tahun berturut-turut...malangnya..perkhidmatannya baru 14 tahun atau pun 14 tahun setengah..perlukah mereka ni terpaksa menunggu setengah atau setahun lagi untuk naik pangkat secara KUP...boleh ke mereka ni merayu kepada Jabatan perkhidmatan awam ataupun macamane...kesian mereka ni..dia orang pun cemerlang jugak...mungkin ada kawan-kawan yang nak bagi pendapat..silakan.....!!!!!!!