Friday, May 15, 2009

Naik Pangkat


Berita terbaik minggu ini..156,066 pegawai kumpulan sokongan berkhidmat 15 tahun atau lebih tetapi masih kekal pada gred lantikan akan dipertimbangkan naik pangkat ke gred lebih tinggi..Itulah yang dikatakan rezeki..kalau dah rezeki kita tak ke mana jua..satu lagi pengumuman oleh YAB Perdana Menteri rakyat yang amat perihatin terhadap golongan pegawai kerajaan yang tak berpeluang naik pangkat dek kerana tiada kekosongan jawatan...

Pagi ni penjawat awam yang layak tersenyum simpul..menantikan buah yang akan gugur tak lama lagi...tapi ada jugak yang masam muka...yelah salah sendiri..dulu orang lain ambil PTK dia buat tak tau aje..tak mahu naik pangkat lah..takut kena tukar dan sebagainya..maklumlah dah senang duduk di kampong sendiri..walau dah lebih 15 tahun bertugas dalam pangkat yang sama..tetapi kalau tak lulus PTK..tidak layak untuk dipertimbangkan lantikan secara Khas Untuk Penyandang atau KUP..kalau macam tu disyorkan tahun ni jugak ambik PTK dan terus lulus manalah tahu tahun depan akan dipertimbangkan oleh ketua masing-masing.

Satu lagi golongan yang rasa terkilan...semuanya dah ada..PTK dah lulus..semua subjek 4, 4 dsb laporan prestasi lebih 85 markah 3 tahun berturut-turut...malangnya..perkhidmatannya baru 14 tahun atau pun 14 tahun setengah..perlukah mereka ni terpaksa menunggu setengah atau setahun lagi untuk naik pangkat secara KUP...boleh ke mereka ni merayu kepada Jabatan perkhidmatan awam ataupun macamane...kesian mereka ni..dia orang pun cemerlang jugak...mungkin ada kawan-kawan yang nak bagi pendapat..silakan.....!!!!!!!

2 comments:

  1. las..nye kita cakap balik..dah rezeki,kdg2 dah dekat sampai ke mulut tp makanan terjatuh jgk ...huakhuak

    ReplyDelete
  2. Apo nak buek, kalau nak untung memang nak cepat, kalau rugi nak lambat pulak, he he he

    ReplyDelete