Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kekawan yang melayari blog ini..semoga bahagia disamping keluarga..kalau balik kampong drive carefully..takkan lari gunung dikejar..biar lambat asalkan selamat..marilah kita saling bermaafan antara satu sama lain sempena aidilfitri yang mulia ini..

Kepada kekawan di negeri sembilan..juga selamat harai raya...tapi nak raya ini tak bolehlah sesuka sangat..banyak kojo nak buek...PRK Bagan Pinang sedang menunggu..tapi elok gak..pilihanraya musim raya ni...puaslah makan ketupat dan rendang...cakap aja..kat mana-mana pun ada..ok selamat hari raya maaf zahir dan batin..jumpa lagi lepas raya.

Friday, September 4, 2009

Pak Murad ..PPRT


Hari ini saya baca Metro..terpanggil dengan wajah pak Murad di Kedah yang tinggal keseorangan..telah bercerai dengan isteri..anak perempuan dah lama tak balik kampong kerana ikut suami di Langkawi..malang..kesian dan sedih dibuatnya.

Tapi yer lah..dalam zaman serba moden ni..takkan lah orang miskin macam ini tak dapat bantuan daripada mana-mana pihak..rumah yang memang bukan rumah..sedangkan ada bantuan kerajaan membina rumah dulu PPRT..tapi macam mana yer jadi begini...

Mana dia Tok Penghulu..mana dia JKKK..dimana pulak ketua kampong..dan macam-macam lagilah..takkan tak de nak lapor pada pihak berkuasa..kan kerajaan negeri..kerajaan kebajikan..orang tua uzur macam ni tak boleh nak diberi bantuan ke...tolonglah..sebagai orang Islam di bulan ramadhan ni...bantulah seadanya...besar ganjaran yang akan di beri oleh Allah kepada mereka yang membantu...

Tuesday, September 1, 2009

Seksyen 23 Shah Alam

Alaihai..apa nak jadi..orang Melayu Islam dah berdemontrasi tak mahu kuil Hindu dibina dikawasan mereka...hanya 100 meter sahaj daripada surau..tempat ibadat orang Islam..memang tak salah tetapi sensitiviti kena juga dititikberatkan..rundinglah dulu dengan penduduk taman..baru buat keputusan...ni buat keputusan lepas tu tak mahu berunding pulak..

Kan dah susah ni..jadi isu perkauman...sebenarnya isu ni boleh di selesaikan dengan mudah tanpa menyinggong perasaan kaum lain...cuma sekarang ini..isu pembinaan kuil telah dilencongkan kepada isu perkauman..sebenarnya tiada unsur perkauman..ini adal;ah isu rakyat negeri selangor..cuma mereka yang mengambil kesempatan aja menjadikannya sebagai perkauman..kepad mereka ini...janganlah dibiarkan emosi menguasai diri kita..ini isu penduduk seksyen 23 Shah Alam yang menuntut keadilan..dulu dah buat keputusan..pindah dari seksyen 19 ke seksyen 22..so..kekalkanlah di sesyen 22..abis cerita..semua orang suka hati..Tann Sri MB..kenalah buat keputusan yang terbaik untuk semua..kita dah merdeka 52 tahun tanpa sebarang ketegangan..kekalkanlah keharmonian yang ada pada hari ini...merdeka..merdeka,...merdeka..merdeka,..merdeka...merdeka..merdeka