Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kekawan yang melayari blog ini..semoga bahagia disamping keluarga..kalau balik kampong drive carefully..takkan lari gunung dikejar..biar lambat asalkan selamat..marilah kita saling bermaafan antara satu sama lain sempena aidilfitri yang mulia ini..

Kepada kekawan di negeri sembilan..juga selamat harai raya...tapi nak raya ini tak bolehlah sesuka sangat..banyak kojo nak buek...PRK Bagan Pinang sedang menunggu..tapi elok gak..pilihanraya musim raya ni...puaslah makan ketupat dan rendang...cakap aja..kat mana-mana pun ada..ok selamat hari raya maaf zahir dan batin..jumpa lagi lepas raya.

Friday, September 4, 2009

Pak Murad ..PPRT


Hari ini saya baca Metro..terpanggil dengan wajah pak Murad di Kedah yang tinggal keseorangan..telah bercerai dengan isteri..anak perempuan dah lama tak balik kampong kerana ikut suami di Langkawi..malang..kesian dan sedih dibuatnya.

Tapi yer lah..dalam zaman serba moden ni..takkan lah orang miskin macam ini tak dapat bantuan daripada mana-mana pihak..rumah yang memang bukan rumah..sedangkan ada bantuan kerajaan membina rumah dulu PPRT..tapi macam mana yer jadi begini...

Mana dia Tok Penghulu..mana dia JKKK..dimana pulak ketua kampong..dan macam-macam lagilah..takkan tak de nak lapor pada pihak berkuasa..kan kerajaan negeri..kerajaan kebajikan..orang tua uzur macam ni tak boleh nak diberi bantuan ke...tolonglah..sebagai orang Islam di bulan ramadhan ni...bantulah seadanya...besar ganjaran yang akan di beri oleh Allah kepada mereka yang membantu...

Tuesday, September 1, 2009

Seksyen 23 Shah Alam

Alaihai..apa nak jadi..orang Melayu Islam dah berdemontrasi tak mahu kuil Hindu dibina dikawasan mereka...hanya 100 meter sahaj daripada surau..tempat ibadat orang Islam..memang tak salah tetapi sensitiviti kena juga dititikberatkan..rundinglah dulu dengan penduduk taman..baru buat keputusan...ni buat keputusan lepas tu tak mahu berunding pulak..

Kan dah susah ni..jadi isu perkauman...sebenarnya isu ni boleh di selesaikan dengan mudah tanpa menyinggong perasaan kaum lain...cuma sekarang ini..isu pembinaan kuil telah dilencongkan kepada isu perkauman..sebenarnya tiada unsur perkauman..ini adal;ah isu rakyat negeri selangor..cuma mereka yang mengambil kesempatan aja menjadikannya sebagai perkauman..kepad mereka ini...janganlah dibiarkan emosi menguasai diri kita..ini isu penduduk seksyen 23 Shah Alam yang menuntut keadilan..dulu dah buat keputusan..pindah dari seksyen 19 ke seksyen 22..so..kekalkanlah di sesyen 22..abis cerita..semua orang suka hati..Tann Sri MB..kenalah buat keputusan yang terbaik untuk semua..kita dah merdeka 52 tahun tanpa sebarang ketegangan..kekalkanlah keharmonian yang ada pada hari ini...merdeka..merdeka,...merdeka..merdeka,..merdeka...merdeka..merdeka

Friday, July 31, 2009

Selsema Babi/Influenza A H1N1


Selsema babi ni dah merebak..sudah menakutkan..di malaysia setakat ni dah empat orang meninggal dunia..kenapa jadi begini..pasal apa ni..dah banyak IPTA, sekolah menengah 'pusat latihan dan apa apa lagi le dah kena tutup..kerana selsema babi atau H1N1..

Sekali lagi pasal apa ni..ni pertanyaan saya...tapi saya jawab sendiri...sebab kita tak ambil peduli..kita ni rakyat malaysia ambil ringan...kita ni asyik berpolitik...tak sudah-sudah..nak berdemontrasi lah dan macam-macam...cuba bayangkan lah..kalau semasa berdemonstrasi nanti ada yang membawa virus H1N1...berpuloh-puloh ribu orang akan kena jangkitan H1N1..siapa yang susah kalau dah kena wabak H1N1..sapa yang nak bayar..kesusahan yang akan dialami oleh mereka yang berdemontrasi...adakah pemimpin-pemimpin tersebut akan bayar bil hospital..kalau melibatkan kematian..siapa yang nak tanggung kos hidup balu atau janda dan sebagainya..ni saya kata kalau ada yang bawa virus..kalau tak de tak apalah.

Tapi apa yang penting cuba kendurkanlalah peselisihan atapun percanggahan pendapat ini..kita bersama-sama..hadapi H1N1 demi kesejahteraan anak-anak serta keluarga kita...kita berhenti sekejap dan bersama bersatu padu untuk menghadapi H1N1 yang semakin merebak ini...marilah kita berdoa supaya wabak ini sampailah ke panamatnya setakat ini sahaja...kalau kita berpadu..insyaallah........

Tuesday, July 21, 2009

Banyak kerja, kerja banyak

Dah hampir dua bulan aku tak up date blog ini..terlalu sibuk dengan kerja..siang dan malam aku kena kerja..tak habis-habis dengan meeting..dah tu lama pulak pengerusi mesyuarat mengendalikan mesyuarat....kekadang duduklah kita kita ni tercangok-cangok..nak beri cadangan nanti kita pulak yang kena buat kerja...nilah yang tak adil..kata meeting tempat kita merungkai masalah..tempat kita menyelesaikan masalah dan macam-macam lagi lah..tapi akhirnya kita gak yang kena buat..baiklah tak usah beri idea lagi bagus..selamat...sebab tu ramai kekawan dinegri ni dok datang dan minum kopi je...kah..kah..kah...

Namun sebut pasal meeting ni...naik fed up..terlalu banyak mesyuarat..nama je negeri kecik..tapi macam-macam nak buat..yang tak sedapnya bila kena meeting waktu malam....ni paling boring sekali..ye lah..malam ni waktu kita rehat..waktu kita bersama anak-anak..masa nilah anak-anak nak bermesra dengan ibu bapanya...mungkin gak nak tanya apa yang dia musykil..dan macam-macam lagi....dan yang paling penting masa malamlah kita nak berjinak-jinak dengan tok guru..maklum sajalah...umur dah meningkat...ilmu agama perlu juga dipertingkatkan..takut pulak pahala yang sedia ada ni semakin kurus....dunia penuh cabaran dan dugaaan....

Thursday, May 28, 2009

Along ohhh Ah Long


Along ohhh Ah Long...apa nak jadi dengan along..sapa nak dipersalahkan..along atau Ah Long atau orang yang meminjam pada along....dalam media cetak dan media elektronik dah macam-macam di ceritakan tentang along..tapi orang ramai ni tak serik-serik nak pinjam pada along..kan dah tau bahawa meminjam dengan along ni amat merbahaya..mengancam kehidupan seharian bukan pada peminjam tetapi pada keluarga jugak...tapi kenapa masih pinjam pada along....

Persoalannya..apakah masih tak cukup lagi media membuat pendedahan tentang kekejaman along ni..atau apakah mereka memang benar-benar terdesak..dan dah tak ada lagi tempat nak mengadu...dan mereka terpaksa meminjam pada along!!!!!!!kalau pinjam duit nak main judi..tu pegi lantak pada dia..

Tetapi kalau nak pinjam untuk berniaga..kan ada saluran lain...pelbagai pinjaman telah dipermudahkan..para pemimpin kita kata..ada banyak cara yang mudah..abis tu.. apa lagi..pinjam jelah pada institusi yang telah diberi tanggungjawab untuk memberi kemudahan pinjaman kepada para peniaga kita...

Ada persoalan jugak..apakah pegawai peringkat pelaksana ni mempermudah proses pinjaman tu..ada yang kata..banyak sangat songelnya..betul ke? takkanlah nak suruh menteri turun bawah tengok benda ni...kalau ada menteri tak sampai satu jam boleh lulus...ataupun nak suruh para pemimpin kita pasang spy..kat pegawai peringkat pelaksana..baru dapat first info...dan baru ambil tindakan kepada pegawai yang sengaja menyusahkan orang ramai...sesuai dengan 1Malaysia. Takkan sampai macam tu sekali..!!!!

Friday, May 15, 2009

Naik Pangkat


Berita terbaik minggu ini..156,066 pegawai kumpulan sokongan berkhidmat 15 tahun atau lebih tetapi masih kekal pada gred lantikan akan dipertimbangkan naik pangkat ke gred lebih tinggi..Itulah yang dikatakan rezeki..kalau dah rezeki kita tak ke mana jua..satu lagi pengumuman oleh YAB Perdana Menteri rakyat yang amat perihatin terhadap golongan pegawai kerajaan yang tak berpeluang naik pangkat dek kerana tiada kekosongan jawatan...

Pagi ni penjawat awam yang layak tersenyum simpul..menantikan buah yang akan gugur tak lama lagi...tapi ada jugak yang masam muka...yelah salah sendiri..dulu orang lain ambil PTK dia buat tak tau aje..tak mahu naik pangkat lah..takut kena tukar dan sebagainya..maklumlah dah senang duduk di kampong sendiri..walau dah lebih 15 tahun bertugas dalam pangkat yang sama..tetapi kalau tak lulus PTK..tidak layak untuk dipertimbangkan lantikan secara Khas Untuk Penyandang atau KUP..kalau macam tu disyorkan tahun ni jugak ambik PTK dan terus lulus manalah tahu tahun depan akan dipertimbangkan oleh ketua masing-masing.

Satu lagi golongan yang rasa terkilan...semuanya dah ada..PTK dah lulus..semua subjek 4, 4 dsb laporan prestasi lebih 85 markah 3 tahun berturut-turut...malangnya..perkhidmatannya baru 14 tahun atau pun 14 tahun setengah..perlukah mereka ni terpaksa menunggu setengah atau setahun lagi untuk naik pangkat secara KUP...boleh ke mereka ni merayu kepada Jabatan perkhidmatan awam ataupun macamane...kesian mereka ni..dia orang pun cemerlang jugak...mungkin ada kawan-kawan yang nak bagi pendapat..silakan.....!!!!!!!