Sunday, April 5, 2009

Kejutan PM Baru


DS Najib sebagai Perdana Menteri baru membuat kejutan dengan mengisytiharkan seramai 13 orang tahanan ISA dibebaskan termasuk 2 orang pemimpin Hindraf. Inilah ciri-ciri pemimpin yang terbuka yang mementingkan dan perihatin terhadap masalah rakyat, pemimpin yang benar-benar mahu dan boleh membuat perubahan. Bukan pemimpin yang hanya bermimpi di siang hari, pemimpin yang hanya boleh menabur janji tetapi bila sampai masanya janji yang dibuat entah sampai ke mana. Temberang tu.

Hari kedua menjadi PM baru Malaysia, buat kejutan lagi. DS Najib melawat ke Petaling Street memang tempat popular orang-orang Cina berniaga, lepas tu ke Vista Angkasa bersama masyarakat Melayu dan seterusnya ke Brickfields meninjau pula masalah masyarakat India. Tak ada sebarang sambutan dan jamuan besar-besaran hanya minum teh di restoran di Brickfields.

Moga perkara macam ini akan terus dibuat oleh PM baru kita. Malahan tidak keterlaluan ia akan diikuti oleh para menteri dan pemimpin kerajaan selepas di lantik menjadi menteri baru nanti, barulah rakyat dimana mana sahaja mudah berjumpa dengan wakil rakyat masing-masing dan masalah boleh diselesaikan dengan segera. Inilah yang dikatakan kerajaan mengutamakan rakyat. Rakyat adalah segala-galanya dan rakyatlah yang menjadikan mereka sebagai pemimpin. Pemimpin yang membela rakyat.

Untuk memudahkan PM baru memonitor keberkesanan wakil rakyat perlu diadakan satu mekanisme khusus untuk memantau pergerakan wakil-wakil rakyat sama ada mereka ini benar-benar dan selalu berjumpa dengan pengundi di kawasan masing-masing ataupun tidak. Kalau mereka tak perform pandai-pandailah PM baru kita nak ambil tindakan.

4 comments:

  1. masa yang diambil utk pengumuman ini seolah-olah memperkecilkan kewibawaan Pak Lah ,betul tak ???...ntah la

    ReplyDelete
  2. tak betul tu...sebab dulu masa Pak Lah ambil kuasa dari Dr Mahathir pun buat pengumuman gak tapi dengan cara yang berbeza..ye tak

    ReplyDelete
  3. Setiap kali ada pemimpin baru negara mesti ada pengumuman baru yang gempar.... Akan menjadi satu tradisi nanti... Kita lihat!

    ReplyDelete
  4. DS Najib telah menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yg ingin berdampingan dengan rakyat. Lihat sahaja kerelaan beliau yg tidak mahu bunga mannggar, red carpet atau kompang bila berkunjung ke sesuatu majlis. ini bukti pemimpin yang sering turun ke padang dlm apa cara sekalipun. Hidup DS Najib dan barisan kabinet!

    ReplyDelete