Tuesday, April 7, 2009

PRK 2 BUKIT 1 BATANG

PRK dua bukit satu batang dah pun selesai..sepertimana dijangka BN menang di DUN Batang Ai Sarawak sementara Pakatan Rakyat menang di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau, Kedah. Pilihan dah dibuat, semua parti pun dah kerja kuat. Dengan keputusan ini masih status quo dan perlu diterima dengan hati yang terbuka..itulah yang dikatakan demokrasi. Bilang masing-masing dah menang hilanglah isu pengundi hantu..bak kata Datuk Syed Hamid Albar..pengundi hantu tidak wujud... kerana hantu tak boleh mengundi dari kubur.

Tumpuan kini perlu diberi kepada mengukuhkan ekonomi negara..tugas kerajaan yang memerintah memang berat..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Untuk jadi pembangkang memang mudah..buatlah apa sahaja..kita bangkang..tak betul dan macam-macam lagi..tetapi demi demokrasi yang hidup di Malaysia ini..semuanya itu terpaksa ditelan walau pahit rasanya..

Aku dapat sms..senarai kemungkinan barisan kabinet bakal diumumkan oleh DS Najib esok. Yang pastinya TS Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Shafie Apdal confirm dalam senarai....lainnya Mustapha Mohamad, Ir Md Zin, Saziman Mansor..Mukhriz kot dan lain-lain..wallahu a lam

No comments:

Post a Comment