Thursday, April 30, 2009

Perkasa Perkhidmatan Awam

DS Najib Perdana Menteri telah melontar idea bukan untuk di tengok sahaja tetapi perlu ada tindakan. Perkasakanlah perkhidmatan awam demi kebaikan sektor yang penting ini. setuju sangat saranan DS Najib.. satu anjakan paradigma perlu disokong seratus peratus. Jawatan utama sektor awam perlu dikongsi bersama oleh perkhidmatan lain atau disiplin lain. Tidak dibolot oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik sahaja. Bukan semua PTD yang bagus pun ..ada juga yang teruk daripada perkhidmatan lain begitulah sebaliknya.

Sebagai anggota perkhidmatan awam memang saya sokonglah tapi anggota PTD jangan rasa kecil hati. Pegawai GLC dan perkhidmatan lain pun keluar daripada universiti yang sama malah ada juga lulusan luar negara...namakan sahaja universiti apa..semuanya ada. Master dan Phd semua ada...lah ..Ini satu langkah yang tepat dan bijak.

Tetapi saranan ini perlu diikuti dengan tindakan. DS Najib sebagai Perdana Menteri mahu langkah ini disegerakan. Mana-mana yang bermasalah perlu ditukar dan diberi input baru. Input baru penting demi kesinambungan perkhidmatan awam. Kita mantapkan perkhidmatan awam, jangan ada birokrasi. Ramai lagi bakat-bakat baru di luar sana atau dikalangan perkhidmatan lain yang mampu merobah dan meningkatkan imej kerajaan dan pentadbiran awam daripada mereka yang naik pangkat yang boleh dipertikaikan. Tapi saya percaya perkara ini akan dilaksanakan dengan segera bak kata Tan Sri KSN dalam reaksinya telah kata akan bermula pada bulan Jun ini..kita tunggu dan lihat siapakah orang pertama yang akan bersama perkhidmatan awam.Ini pandangan saya, mungkin ada yang setuju..........

1 comment:

  1. Elako sgt laa tu..cadangan jgn tgl cdg shj..laksanakan laa..JPA kena segera ambil tindakan. Kdg2 kesian tgk msh ada penjawat awam yg kerja 'glamer' dan punya 'kuasa' tapi jwt tertinggi mash dipegang oleh PTD.

    ReplyDelete