Monday, April 13, 2009

Menteri Baru


Lama aku tak buat posting. Ni baru ada masa sikit dan nak cerita kabinet baru dan menteri baru. Dalam kabinet yang baru diumum oleh DS Najib Razak..ramai manteri yang baru, timbalan menteri baru, naik pangkat, menteri lama dilantik semula dan 7 orang menteri digugurkan sementara satu orang menteri Datuk Shahrir Samad awal-awal lagi dah letak jawatan sebab kalah dalam pertandingan ahli majlis tertinggi UMNO. Itu kita tak heran sebab kita dah tahu bahawa Datuk Shahrir seorang yang amat memegang prinsip dll.

Ada menteri yang bertukar portfolio dan ada juga yang kekal portfolio lama. Inilah politik ada masa kita di atas dan sampai masa kita pulak duduk di bawah. Yang digugurkan semuanya berazam menyokong mereka yang dilantik sebagai menteri dalam kabinet DS Najib. Ini satu tekad dan azam yang terpuji...kalau dulu kita masa jadi menteri orang sokong kita..tapi sekarang bila orang lain jadi ketua atau menteri kita kena sokong mereka pulak.

Yang peliknya ada menteri yang dilantik semula dalam portfolio yang sama tapi partinya pulak yang tak puas hati sebab kononnya portfolio itu bukan yang kanan..tak mustahak. Kita kena ingat bak kata Timbalan Perdana Menteri yang baru TS Muhyiddin semua portfolio adalah sama penting tak ada yang kanan dan tak ada yang kiri...semua sama berperanan membangunkan rakyat dan negara. Fikirlah apakah parti kita yang kita dokongi itu diterima rakyat sepenuhnya..apakah parti itu amat perform dalam pilihanraya 2008 lalu..bak kata Nabil juara Raja Lawak 2 terbitan Astro.....lu fikirlah sendiri.....

1 comment:

  1. yg tak puas hati tu..mereka mcm bagi betis nak peha ..dah bagi kuasa,depa dok sombong dan sampai bela penjenayah sebagai hero..Harap PM kita tak terlatah dgn 'ugutan' mereka ini.

    ReplyDelete