Thursday, April 2, 2009

PM Baru




Esok DS Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke enam di depan SPB Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara. Rakyat menantikan sesuatu yang baru daripada PM baru. Dalam perhimpunan agong UMNO yang lepas DS Najib berjanji akan membuat perubahan mengikut kehendak rakyat masa kini. DS Najib memang berkebolehan dan berani membuat perubahan dan akan disokong oleh Timbalan Presiden UMNO yang baru TS Muhyiddin Yassin dan barisan pimpinan UMNO khususnya Barisan Nasional. Gandingan mantap Najib - Muhyiddin merupakan sesuatu yang amat tidak diingini oleh pakatan parti pembangkang. Mereka tahu bahawa Najib - Muhyiddin merupakan gandingan yang dikehendakki oleh majoriti lapisan rakat. Rakyat mahu perubahan dan mereka berdua boleh merubahnya.

Namun apa yang pasti rakyat juga tertunggu-tunggu siapakah yang bakal dilantik sebagai menteri-menteri baru dan siapakah yang bakal digugurkan. Yang pasti TS Muhyiddin adalah Timbalan Perdana Menteri yang baru.

3 comments:

  1. tak sabar nak tunggu muke2 baru yang akan berganding bahu bersama PM yang baru. Memang rakyat menantikan perubahan yang bakal dilaksanakan kelak...

    Tugas & tanggungjawab kita sebagai kakitangan awam juga akan bertambah berat bagi memastikan segala kehendak & keperluan rakyat akan dipenuhi oleh Kerajaan sekarang....

    ReplyDelete
  2. Malam ni DS Najib kena sembahyang istiharah sebab nak pilih kabinet baru..
    Skrang ramai da yg dok kemas bilik

    ReplyDelete
  3. Ramai jugak yang dok mengipas... Huuuhuuuu....

    ReplyDelete